Sunday, 25 January 2015

Video: Ibu Hilang Penglihatan Pertama Kali Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya

WASHINGTON: Sebuah video yang menunjukkan seorang hilang penglihatan  (buta) di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan untuk pertama kali menggunakan cermin mata khas yang dapat meningkatkan penglihatan telah menjadi viral.

Video yang disiarkan di YouTube itu menunjukkan Kathy Beitz, 29, sedang melihat bayi lelakinya yang baru lahir dengan bantuan set tersebut yang diikat di kepala.

"Untuk bayi pertama yang saya benar-benar dapat melihatnya, saya berasa sangat terharu," kata Beitz dalam video popular itu.

Beitz mempunyai genetik degenerasi makula dikenali sebagai penyakit Stargardt. Dia dapat melihat anaknya dengan bantuan cermin mata eSight dalam masa nyata.

Imej-imej yang dipertingkatkan membolehkan orang-orang yang tidak buta sepenuhnya untuk melihat dunia di sekeliling mereka.

"Dia melahirkan bayi ini dan dia mahu melihatnya serta-merta," kata kakak Beitz, Yvonne Felix yang menyiarkan video itu. - mStar

Lihat Video Dibawah Ini


Saturday, 24 January 2015

Air Jernih Bergenang Dalam Bilik Imam Semasa Banjir

TUMPAT – "Satu kampung dikepung air bah kuning tapi yang peliknya, bilik imam bergenang air jernih," cerita penduduk kampung, Abdul Hamid Muhammad, 62, mengenai keajaiban berlaku di Masjid Kampung Laut, di sini, semasa kejadian banjir besar, akhir Disember lalu.

Menurut Abdul Hamid, dalam kejadian banjir besar baru-baru ini, Kampung Laut terputus hubungan dengan kawasan lain, sekali gus menyebabkan bekalan air bersih dan elektrik terganggu.

Katanya, air jernih yang bergenang dalam bilik imam itulah dicedoknya untuk diminum selepas dia kehabisan ikhtiar untuk mencari bekalan air bersih di serata kampung berkenaan.

"Air jernih yang bergenang dalam bilik imam itu menjadi penyelamat kepada penduduk di sini selepas masing-masing buntu memikirkan bagaimana mahu mendapatkan bekalan air bersih ketika kampung ini dilanda bah kuning dan terputus hubungan dengan kawasan-kawasan lain.

"Semua yang berlaku adalah kuasa ALLAH SWT. Ketika banjir melanda, kawasan dalam masjid dipenuhi air banjir berwarna kekuningan setinggi 0.5 meter selama seminggu dan ketika itu, secara tiba-tiba kami temui air jernih bergenang dalam bilik imam yang masih dalam pembinaan," katanya.

Abdul Hamid memaklumkan, bilik imam tersebut terletak bersebelahan ruang solat dan air jernih itu pada awalnya disedari oleh pekerja binaan warga Indonesia yang tidur di tingkat atas masjid selepas ia dinaiki air.

"Merekalah yang memaklumkan perkara itu kepada saya. Pada waktu itu saya sedang meredah air banjir untuk keluar mencari bekalan air bersih. Ketinggian air banjir pada masa itu melepasi paras dua meter," katanya.

Sementara itu, Imam Masjid Kampung Laut, Wan Mohd Zain Wan Yusof menganggap kejadian itu merupakan pertolongan ALLAH SWT kepada orang-orang ditimpa musibah akibat banjir besar yang melanda negeri ini.

"Ketika penduduk di sini kehabisan bekalan air untuk diminum, ada pula air jernih bergenang dalam bilik berkenaan sedangkan semua kawasan di luar bilik itu dipenuhi air banjir berwarna kekuningan," katanya.

Beliau turut memaklumkan yang air jernih dalam bilik berkenaan kering setelah diambil penduduk. - Sinar

Edry Akan Keluarkan Surat Peguam Kepada Aweera

KONTROVERSI yang tercetus antara Edry KRU dengan bekas vokalis kumpulan MOJO, Aweera seperti tiada tanda-tanda bakal berakhir.

Masing-masing bertindak menyalahkan dan mengkritik satu sama lain menerusi media meskipun vokalis baru kumpulan MOJO telah pun diperkenalkan.

Tanpa kehadiran Aweera ekoran kontroversi yang melandanya dengan Edry, persembahan MOJO bersama band buskers OKU, Caliph Busker menerusi lagu Roman Cinta di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) minggu lepas berjaya mendapat perhatian luarbiasa penonton.




Ekoran itu, Aweera begitu berani mengeluarkan statement, mendakwa Edry bijak ‘berdrama’ bagi meraih simpati masyarakat Malaysia hingga kumpulan didiknya itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik pada malam tersebut.



Susulan itu, Edry memandang serius perkara berkenaan dan mengumumkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Aweera.

“Apa yang saya boleh cakapkan di sini, pihak kami akan mengeluarkan surat peguam dalam masa terdekat. Jangan kerana mulut, badan pula binasa,” katanya kepada Harian Metro.

Ini komen Edry:

Saudara Aweera...Jangan pandang rendah pada orang lain, kerana hanya apabila merendah diri, barulah sedar betapa ramainya lagi yang lebih tinggi daripada kita...Ini semua rezeki Allah bagi pada Caliph Buskers...Siapakah kita untuk memperkecilkan anugerah buat mereka...All the best to you...Saya doakan yang terbaik buat anda..tq

Sememangnya kenyataan Aweera itu memakan diri apabila semakin ramai peminat mula tak suka dengan sikap Aweera yang tidak habis mencari publisiti dari Mojo.


Sepatutnya Aweera move on dan mengambil sikap berdiam diri atau no komen apabila ditanya tentang Mojo. Kenyataan terbaru dari Aweera tersebut menyebabkan ramai mula annoying dan bengang dengan Aweera.



Edry berkata, keputusan tersebut diambil kerana bengang dengan sikap Aweera yang keterlaluan hingga asyik mengkritik dan merendah-rendahkan dirinya dan kumpulan MOJO menerusi media.

“Saya tidak faham kenapa dia perlu bertindak begitu, kenapa sikapnya seolah-olah hendak lihat Mojo gagal (dalam bidang nyanyian). Menerusi kenyataan-kenyataannya, dia tidak habis-habis hendak merendahkan kami,” tambah Edry.

Apa yang boleh kami katakan, moga konflik antara mereka ini berakhir dengan cara baik sebab industri seni kita ni bukannya besar sangat.

Saya Minta Maaf Pada Jurugambar Tolong Jangan Kaitkan Saya Dengan Siti Nurhaliza

Penyanyi Zamani (Slam) memohon maaf terhadap tindakannya meninggikan suara terhadap seorang jurugambar ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya pada Rabu lalu.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, tindakan itu dilakukan tanpa sengaja sewaktu dia berada dalam keadaan tertekan, dakwaan zamani memaki jurugambar yang mengambil gambarnya ketika ditahan

"Saya minta maaf pada jurugambar yang secara tidak sengaja dan tidak sedar saya telah meninggikan suara padanya.

"Ketika itu saya dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit," ujarnya ketika ditemui di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahanan reman awal pagi Sabtu.

"Orang yang berhak mengulas perkara ini ialah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan demikian. Zamani memilih untuk tidak mengulas perkara yang mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai punca dia terjerumus dengan gejala dadah itu.

"Apa yang berlaku pada diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) dan ia adalah ketentuan takdir qada dan qadar yang terpaksa saya terima," ujarnya.

Zamani turut berterima kasih kepada masyarakat yang masih menerimanya dan memberi sokongan moral  untuk dia pulih.

"Saya sangka selepas ditangkap masyarakat akan marah dan benci pada saya kerana kesilapan ini sangat berat dan sukar dimaafkan.

"Namun saya tidak sangka ramai yang memberi mesej sokongan dan mengharapkan saya berubah sehingga membuatkan saya terharu," ujarnya yang akan menggunakan peluang kedua ini untuk berubah.

Saya Tidak Dipaksa Nyanyi Hanya Layan Polis Peminat Tegar Slam - Zamani

Zamani ketika ditemui selepas dibebaskan dari tahanan reman pada pagi Sabtu

PETALING JAYA: Kenyataan terbaru daripada Penyanyi Zamani Slam selepas dibebaskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dia dengan rela hati menyanyi kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka adalah peminat Slam.

"Saya tidak dipaksa untuk menyanyi atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam.

"Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal  sahaja," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Sabtu.

"Silap saya kerana tidak lihat semula rakaman video tersebut yang nampak jelas tangan saya bergari. Ketika itu saya yakin ia hanya untuk simpanan peribadi sahaja.

"Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas ia terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat  yang menontonnya," jelasnya.

Zamani turut merayu agar masyarakat tidak lagi berkongsi video tersebut dilaman-laman sosial.

Zamani mengakui terkilan dengan penyebaran video tersebut yang dianggap mengaib dan menjatuhkan maruah dia dan keluarganya.

Sementara itu, ditanya tentang keengganannya mengambil sebarang tindakan kepada individu tersebut, Zamani berkata, dia tidak mahu menutup periuk nasi orang lain.

Katanya, biarlah perkara itu menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat.

"Perkara itu sudah berlaku dan dia juga tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang.

"Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang," ujarnya.

Zamani mengucapkan syukur dan lega apabila diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan.

Jelasnya, banyak hikmah disebalik penangkapan tersebut yang membuatkan dirinya tekad untuk membersihkan diri daripada najis dadah.

"Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.

"Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini.

"Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga," ujarnya.

Zamani berkata, sejak bergelumang dengan gejala dadah 10 tahun lalu, dia sudah dua kali secara sukarela ke pusat pemulihan dadah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

Bagaimanapun, dia mengakui statusnya sebagai seorang selebriti menyukarnya dia untuk ke pusat tersebut secara sembunyi-sembunyi.

"Saya sudah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK iaitu pada 2010 dan 2012, namun gagal untuk pulih sepenuhnya. Lagi pula sebagai orang yang dikenali masyarakat menyukarkan saya untuk pergi ke pusat pemulihan itu tanpa diketahui ramai.

"Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tangapan orang ramai. Namun sekarang orang semua sudah tahu lebih memudahkan saya untuk mendapatkan pemulihan," katanya.

Zamani akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada  27 Januari ini.

Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digantung tugas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit, tetapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)  - mStar

Friday, 23 January 2015

Datuk Siti Nurhaliza Respon Tweet Saari Amri

Tindakan komposer terkenal pada era 90-an, Saari Amri memuat naik status di laman sosial dipercayai mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza yang tahu mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Berikutan tindakan Saari itu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat.

Saari dalam entri di Facebook menulis “Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu.”



Siti yang juga penyanyi lagu tema filem Suamiku Encik Perfect 10! bersama Cakra Khan kala dihubungi BH Online memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan. Ikuti penjelasan ringkas beliau.

“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,”katanya.

Zamani kini ditahan reman atas kesalahan terbabit selepas ditahan awal pagi Rabu lalu.

Zamani hari ini membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan video penahanannya sehingga menjadi viral di laman sosial.

Kes Zamani akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini

Pihak Pantau 10 Artis Wanita Jadi Escort Girl!

PIHAK polis dilaporkan sedang memantau sekurang-kurangnya 10 artis wanita tempatan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl yang mampu memberi pulangan lumayan di atas perkhidmatan yang ditawarkan itu.

Menurut laporan Harian Metro, beberapa artis popular yang kebanyakannya pelakon mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 hingga RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan se-ks.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik mendedahkan perkara tersebut dan mengakui senarai 10 artis wanita itu kini dalam pemantauan pasukannya.



“Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya dia sudah berhenti. Namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni,” katanya.

Menurut Roslee lagi, artis tersebut dipercayai tidak bergerak sendirian sebaliknya mereka mempunyai orang tengah yang mengaturkan pertemuan dengan golongan atasan atau VIP yang berminat untuk melanggan mereka. “Biarpun tidak boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, tetapi kamu mengetahui setiap pergerakannya,” tambahnya lagi