Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lawrence Jayaraj telah mendakwa anaknya yang baru bertukar sekolah itu telah dihalang oleh pihak sekolah hanya kerana beliau memakai baju kurung seperti pelajar Melayu yang lain dan melanggar etika pemakaian disebuah sekolah di Cheras.Beliau nyata kecewa selepas pihak sekolah menyatakan hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung dan bagi pelajar bukan Melayu tidak dibenarkan.
Oleh kerana tidak dapat memasuki kelas beliau telah kembali ke sekolah untuk berbincang dengan Guru Penolong Kanan mengenai etika pemakaian ini tetapi gagal menyelesaikan masalah itu..
Lebih mengejutkan guru berkenaan telah menyuruh Jayaraj untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi memberi pakaian seragam lain.
Bagaimanapun semasa kejadian pengetua sekolah tersebut tiada di sekolah untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.
“Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara,” katanya.
“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.
Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”
Ujar Kamalanathan lagi, di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran, terdapat kira-kira 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia dan adakalanya, ada pengetua yang membuat polisi sendiri tanpa kebenaran dari kementerian.


No comments:
Post a Comment