Sunday, 25 January 2015

Video: Ibu Hilang Penglihatan Pertama Kali Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya

WASHINGTON: Sebuah video yang menunjukkan seorang hilang penglihatan  (buta) di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan untuk pertama kali menggunakan cermin mata khas yang dapat meningkatkan penglihatan telah menjadi viral.

Video yang disiarkan di YouTube itu menunjukkan Kathy Beitz, 29, sedang melihat bayi lelakinya yang baru lahir dengan bantuan set tersebut yang diikat di kepala.

"Untuk bayi pertama yang saya benar-benar dapat melihatnya, saya berasa sangat terharu," kata Beitz dalam video popular itu.

Beitz mempunyai genetik degenerasi makula dikenali sebagai penyakit Stargardt. Dia dapat melihat anaknya dengan bantuan cermin mata eSight dalam masa nyata.

Imej-imej yang dipertingkatkan membolehkan orang-orang yang tidak buta sepenuhnya untuk melihat dunia di sekeliling mereka.

"Dia melahirkan bayi ini dan dia mahu melihatnya serta-merta," kata kakak Beitz, Yvonne Felix yang menyiarkan video itu. - mStar

Lihat Video Dibawah Ini


Saturday, 24 January 2015

Air Jernih Bergenang Dalam Bilik Imam Semasa Banjir

TUMPAT – "Satu kampung dikepung air bah kuning tapi yang peliknya, bilik imam bergenang air jernih," cerita penduduk kampung, Abdul Hamid Muhammad, 62, mengenai keajaiban berlaku di Masjid Kampung Laut, di sini, semasa kejadian banjir besar, akhir Disember lalu.

Menurut Abdul Hamid, dalam kejadian banjir besar baru-baru ini, Kampung Laut terputus hubungan dengan kawasan lain, sekali gus menyebabkan bekalan air bersih dan elektrik terganggu.

Katanya, air jernih yang bergenang dalam bilik imam itulah dicedoknya untuk diminum selepas dia kehabisan ikhtiar untuk mencari bekalan air bersih di serata kampung berkenaan.

"Air jernih yang bergenang dalam bilik imam itu menjadi penyelamat kepada penduduk di sini selepas masing-masing buntu memikirkan bagaimana mahu mendapatkan bekalan air bersih ketika kampung ini dilanda bah kuning dan terputus hubungan dengan kawasan-kawasan lain.

"Semua yang berlaku adalah kuasa ALLAH SWT. Ketika banjir melanda, kawasan dalam masjid dipenuhi air banjir berwarna kekuningan setinggi 0.5 meter selama seminggu dan ketika itu, secara tiba-tiba kami temui air jernih bergenang dalam bilik imam yang masih dalam pembinaan," katanya.

Abdul Hamid memaklumkan, bilik imam tersebut terletak bersebelahan ruang solat dan air jernih itu pada awalnya disedari oleh pekerja binaan warga Indonesia yang tidur di tingkat atas masjid selepas ia dinaiki air.

"Merekalah yang memaklumkan perkara itu kepada saya. Pada waktu itu saya sedang meredah air banjir untuk keluar mencari bekalan air bersih. Ketinggian air banjir pada masa itu melepasi paras dua meter," katanya.

Sementara itu, Imam Masjid Kampung Laut, Wan Mohd Zain Wan Yusof menganggap kejadian itu merupakan pertolongan ALLAH SWT kepada orang-orang ditimpa musibah akibat banjir besar yang melanda negeri ini.

"Ketika penduduk di sini kehabisan bekalan air untuk diminum, ada pula air jernih bergenang dalam bilik berkenaan sedangkan semua kawasan di luar bilik itu dipenuhi air banjir berwarna kekuningan," katanya.

Beliau turut memaklumkan yang air jernih dalam bilik berkenaan kering setelah diambil penduduk. - Sinar

Edry Akan Keluarkan Surat Peguam Kepada Aweera

KONTROVERSI yang tercetus antara Edry KRU dengan bekas vokalis kumpulan MOJO, Aweera seperti tiada tanda-tanda bakal berakhir.

Masing-masing bertindak menyalahkan dan mengkritik satu sama lain menerusi media meskipun vokalis baru kumpulan MOJO telah pun diperkenalkan.

Tanpa kehadiran Aweera ekoran kontroversi yang melandanya dengan Edry, persembahan MOJO bersama band buskers OKU, Caliph Busker menerusi lagu Roman Cinta di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) minggu lepas berjaya mendapat perhatian luarbiasa penonton.




Ekoran itu, Aweera begitu berani mengeluarkan statement, mendakwa Edry bijak ‘berdrama’ bagi meraih simpati masyarakat Malaysia hingga kumpulan didiknya itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik pada malam tersebut.



Susulan itu, Edry memandang serius perkara berkenaan dan mengumumkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Aweera.

“Apa yang saya boleh cakapkan di sini, pihak kami akan mengeluarkan surat peguam dalam masa terdekat. Jangan kerana mulut, badan pula binasa,” katanya kepada Harian Metro.

Ini komen Edry:

Saudara Aweera...Jangan pandang rendah pada orang lain, kerana hanya apabila merendah diri, barulah sedar betapa ramainya lagi yang lebih tinggi daripada kita...Ini semua rezeki Allah bagi pada Caliph Buskers...Siapakah kita untuk memperkecilkan anugerah buat mereka...All the best to you...Saya doakan yang terbaik buat anda..tq

Sememangnya kenyataan Aweera itu memakan diri apabila semakin ramai peminat mula tak suka dengan sikap Aweera yang tidak habis mencari publisiti dari Mojo.


Sepatutnya Aweera move on dan mengambil sikap berdiam diri atau no komen apabila ditanya tentang Mojo. Kenyataan terbaru dari Aweera tersebut menyebabkan ramai mula annoying dan bengang dengan Aweera.



Edry berkata, keputusan tersebut diambil kerana bengang dengan sikap Aweera yang keterlaluan hingga asyik mengkritik dan merendah-rendahkan dirinya dan kumpulan MOJO menerusi media.

“Saya tidak faham kenapa dia perlu bertindak begitu, kenapa sikapnya seolah-olah hendak lihat Mojo gagal (dalam bidang nyanyian). Menerusi kenyataan-kenyataannya, dia tidak habis-habis hendak merendahkan kami,” tambah Edry.

Apa yang boleh kami katakan, moga konflik antara mereka ini berakhir dengan cara baik sebab industri seni kita ni bukannya besar sangat.

Saya Minta Maaf Pada Jurugambar Tolong Jangan Kaitkan Saya Dengan Siti Nurhaliza

Penyanyi Zamani (Slam) memohon maaf terhadap tindakannya meninggikan suara terhadap seorang jurugambar ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya pada Rabu lalu.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, tindakan itu dilakukan tanpa sengaja sewaktu dia berada dalam keadaan tertekan, dakwaan zamani memaki jurugambar yang mengambil gambarnya ketika ditahan

"Saya minta maaf pada jurugambar yang secara tidak sengaja dan tidak sedar saya telah meninggikan suara padanya.

"Ketika itu saya dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit," ujarnya ketika ditemui di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahanan reman awal pagi Sabtu.

"Orang yang berhak mengulas perkara ini ialah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan demikian. Zamani memilih untuk tidak mengulas perkara yang mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai punca dia terjerumus dengan gejala dadah itu.

"Apa yang berlaku pada diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) dan ia adalah ketentuan takdir qada dan qadar yang terpaksa saya terima," ujarnya.

Zamani turut berterima kasih kepada masyarakat yang masih menerimanya dan memberi sokongan moral  untuk dia pulih.

"Saya sangka selepas ditangkap masyarakat akan marah dan benci pada saya kerana kesilapan ini sangat berat dan sukar dimaafkan.

"Namun saya tidak sangka ramai yang memberi mesej sokongan dan mengharapkan saya berubah sehingga membuatkan saya terharu," ujarnya yang akan menggunakan peluang kedua ini untuk berubah.

Saya Tidak Dipaksa Nyanyi Hanya Layan Polis Peminat Tegar Slam - Zamani

Zamani ketika ditemui selepas dibebaskan dari tahanan reman pada pagi Sabtu

PETALING JAYA: Kenyataan terbaru daripada Penyanyi Zamani Slam selepas dibebaskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dia dengan rela hati menyanyi kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka adalah peminat Slam.

"Saya tidak dipaksa untuk menyanyi atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam.

"Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal  sahaja," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Sabtu.

"Silap saya kerana tidak lihat semula rakaman video tersebut yang nampak jelas tangan saya bergari. Ketika itu saya yakin ia hanya untuk simpanan peribadi sahaja.

"Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas ia terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat  yang menontonnya," jelasnya.

Zamani turut merayu agar masyarakat tidak lagi berkongsi video tersebut dilaman-laman sosial.

Zamani mengakui terkilan dengan penyebaran video tersebut yang dianggap mengaib dan menjatuhkan maruah dia dan keluarganya.

Sementara itu, ditanya tentang keengganannya mengambil sebarang tindakan kepada individu tersebut, Zamani berkata, dia tidak mahu menutup periuk nasi orang lain.

Katanya, biarlah perkara itu menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat.

"Perkara itu sudah berlaku dan dia juga tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang.

"Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang," ujarnya.

Zamani mengucapkan syukur dan lega apabila diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan.

Jelasnya, banyak hikmah disebalik penangkapan tersebut yang membuatkan dirinya tekad untuk membersihkan diri daripada najis dadah.

"Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.

"Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini.

"Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga," ujarnya.

Zamani berkata, sejak bergelumang dengan gejala dadah 10 tahun lalu, dia sudah dua kali secara sukarela ke pusat pemulihan dadah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

Bagaimanapun, dia mengakui statusnya sebagai seorang selebriti menyukarnya dia untuk ke pusat tersebut secara sembunyi-sembunyi.

"Saya sudah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK iaitu pada 2010 dan 2012, namun gagal untuk pulih sepenuhnya. Lagi pula sebagai orang yang dikenali masyarakat menyukarkan saya untuk pergi ke pusat pemulihan itu tanpa diketahui ramai.

"Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tangapan orang ramai. Namun sekarang orang semua sudah tahu lebih memudahkan saya untuk mendapatkan pemulihan," katanya.

Zamani akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada  27 Januari ini.

Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digantung tugas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit, tetapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)  - mStar

Friday, 23 January 2015

Datuk Siti Nurhaliza Respon Tweet Saari Amri

Tindakan komposer terkenal pada era 90-an, Saari Amri memuat naik status di laman sosial dipercayai mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza yang tahu mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Berikutan tindakan Saari itu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat.

Saari dalam entri di Facebook menulis “Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu.”



Siti yang juga penyanyi lagu tema filem Suamiku Encik Perfect 10! bersama Cakra Khan kala dihubungi BH Online memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan. Ikuti penjelasan ringkas beliau.

“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,”katanya.

Zamani kini ditahan reman atas kesalahan terbabit selepas ditahan awal pagi Rabu lalu.

Zamani hari ini membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan video penahanannya sehingga menjadi viral di laman sosial.

Kes Zamani akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini

Pihak Pantau 10 Artis Wanita Jadi Escort Girl!

PIHAK polis dilaporkan sedang memantau sekurang-kurangnya 10 artis wanita tempatan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl yang mampu memberi pulangan lumayan di atas perkhidmatan yang ditawarkan itu.

Menurut laporan Harian Metro, beberapa artis popular yang kebanyakannya pelakon mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 hingga RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan se-ks.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik mendedahkan perkara tersebut dan mengakui senarai 10 artis wanita itu kini dalam pemantauan pasukannya.



“Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya dia sudah berhenti. Namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni,” katanya.

Menurut Roslee lagi, artis tersebut dipercayai tidak bergerak sendirian sebaliknya mereka mempunyai orang tengah yang mengaturkan pertemuan dengan golongan atasan atau VIP yang berminat untuk melanggan mereka. “Biarpun tidak boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, tetapi kamu mengetahui setiap pergerakannya,” tambahnya lagi

Isteri Anggota Polis Sebarkan Klip Video Zamani?

KLIP video yang memaparkan vokalis kumpulan Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan tangan bergari dipercayai disebarkan oleh isteri kepada anggota polis yang bertugas di balai, di mana penyanyi itu ditahan.

Siasatan awal pihak polis mendapati sebaran dilakukan anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya di mana anggota pertama telah merakam video tersebut sebelum memberikan rakaman tersebut kepada anggota kedua menggunakan aplikasi Whatsapp.

Kedua-dua anggota polis itu dikatakan berjanji tidak akan menyebarkan video tersebut namun berlaku perkara sebaliknya selepas rakaman itu diminta oleh anggota ketiga lalu anggota pertama bertindak memberikan rakaman tersebut kepada dua lagi individu termasuk isteri anggota ketiga.

Susulan itu, pihak polis bertindak merakam keterangan lima individu termasuk isteri kepada anggota polis terbabit, selain merampas 40 telefon bimbit.

Video nyanyian Zamani yang kini viral di Internet pula, telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Zamani yang popular pada era 90-an selaku penyanyi Kumpulan Slam, kini ditahan reman selama empat hari selepas ditahan Selasa lalu di rumahnya di Taman Keramat kerana disyaki memiliki heroin seberat 1.2 gram.

Turut ditahan dalam serbuan tersebut adalah teman wanitanya yang berusia 32 tahun.

Sumber mynewshub.cc

Mohon Hormat Maruah Zamani - Dato’ Siti Nurhaliza

Tindakan anggota polis yang menyuruh Zamani menyanyi sambil tangannya bergari dan kemudian menyebarkan video tersebut mendapat perhatian ramai rakan selebriti.

Kebanyakannya membantah dan menganggap perbuatan tersebut sebagai mengaibkan Zamani sekaligus menjatuhkan air muka penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang tersebut.

Tapi apa yang lebih menarik perhatian peminat ialah keprihatinan Dato’ Siti Nurhaliza terhadap perkara itu. Menerusi Instagramnya semalam, Siti berkongsi semula foto yang dimuat naik oleh kakak ipar merangkap pengurusnya sambil menulis caption “Hormatilah maruah insan lain”.



Mungkin adik-adik yang baru mengambil pusing tentang industri hiburan tempatan kurang faham signifikasi antara Siti dan Zamani. Tapi sekadar mengimbas kembali, kedua-dua penyanyi ini pernah digosipkan bercinta sewaktu zaman kegemilangan mereka.

Dan selepas ‘banyak’ tahun berlalu, Siti pun dah bergelar isteri kepada Datuk K. Jadi rasanya tak ada masalah untuk Siti turut sama prihatin dengan dengan kejadian menimpa seseorang yang pernah dikenalinya dulu. -  - ohbulan

Tetapi yang agak mengejutkan kami melihat screenshot status Facebook pencipta dan penggubah lagu, Saari Amri mengenai keadaan Zamani kini yang dikaitkan dengan penyanyi terkenal DatukSiti Nurhaliza dikongsikan di portal Astro Gempak

kami tidak berani membuat sebarang andaian mengenai maksud ‘tahu mengapa’ yang ditulis oleh Saari Amri itu.




kami hanya boleh membuat kesimpulan bahawa hanya Saari sahaja yang faham maksud dan tujuan status tersebut ditulis.



Thursday, 22 January 2015

Mesej Suara Mangsa Kemalangan Kereta Terbakar di Lebuh Raya Utara-Selatan

Kuala Kangsar: “Tolong wei...tolong wei...aku dengan Joe kemalangan ni...Joe dah meninggal...dah meninggal...Ya Allah..,” itulah mesej suara yang dikirim Muhammad Nasrullah Abd Ghaffar, 29, yang dikirim melalui WhatsApp kepada rakan serumahnya, Syawal Ibrahim, 25, yang berada di Ipoh, dekat sini.

Muhammad Nasrullah yang cedera akibat melecur apabila kereta Honda Civic dipandu rakannya, Joeri Ramli, 34, terbakar akibat diseret treler di Kilometer 254.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, semalam menghantar pesanan itu sebaik berjaya keluar menyelamatkan diri dari kereta yang sedang terbakar.



Joeri rentung di tempat duduk pemandu selepas gagal keluar kerana tersepit apabila kereta itu terbakar dan menerusi mesej 11 saat yang dikongsi Syawal kepada media itu, boleh kedengaran tangisan Muhammad Nasrullah.

Syawal yang ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, di sini, semalam, berkata, dia amat terkejut mendengar mesej suara dikirimkan Nasrullah.

“Sebelum mereka keluar rumah, Joeri dan Nasrullah mengejutkan saya dari tidur memberitahu akan ke Gerik atas urusan kerja.

“Bagaimanapun kira-kira jam 9 pagi, saya menerima mesej suara dari Nasrullah itu memberitahu mereka terbabit kemalangan, malah memberitahu Joeri meninggal dunia,” katanya.

Muhammad Nasrullah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dekat sini.

Sementara itu, ibu mangsa, Sharifah Saad, 66, yang menghidap penyakit darah tinggi hampir pitam sejurus melihat mayat anaknya ketika pengecaman, namun berjaya ditenangkan ahli keluarga.

Video Kejadian



Jurugambar Miang Akhirnya Kantoi

Singapura – Seorang jurugambar miang akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila keghairahannya merakam imej se-ksi model Singapore Motorshow 2015 dibongkar oleh model itu sendiri.

Menggunakan rangkaian media sosial, Miki Ace berkata, insiden itu berlaku ketika dia bertugas sebagai model kereta di pameran berkenaan.

Katanya, dia melihat jurugambar terbabit bukan mengambil gambar seperti sepatutnya, malah menumpukan lensa kamera ke bahagian d4da dan pahanya.

“Saya dapat merampas kameranya untuk melihat gambar yang diambil.

“Saya sangat terkejut kerana dia mengambil gambar d4da dan seluar dalam setiap model yang ada di pameran ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Miki Ace, itu bukanlah kali pertama lelaki terbabit menyalahgunakan kameranya.

“Saya tak sangka kerana dia juga memiliki gambar sebegitu untuk ekspo tahun lalu!” katanya.

Pendedahan Miki Ace itu ternyata cepat menarik perhatian pengguna Facebook dan imej berkenaan dikongsi ramai dalam tempoh singkat.

Kata Miki Ace, dia mengakui dibayar untuk berpakaian menarik dan melayan permintaan pengunjung untuk bergambar.

“Tetapi ia tidak bermakna kami berhak dilayan begini,” katanya.

Menurut Miki, dia berharap semua lelaki dapat menghormati wanita sewajarnya.

Bagaimanapun, ada juga pengguna Facebook menganggap model seperti Miki Ace memang layak dilayan begitu.

Hujah mereka – model terbabit tidak boleh mengeluh berdasarkan sifat pakaian mereka yang mencolok mata. – Agensi

Edry Buat Drama Caliph Busker Untuk Raih Simpati - Aweera

PETALING JAYA: Bekas penyanyi asal Mojo iaitu Aweera berpendapat, “drama” yang dilakukan Edry Abdul Halim untuk meraih simpati masyarakat berjaya apabila kumpulan itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, Edry yang sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama ternyata telah membuktikan kepada khalayak siapakah sebenarnya yang bersikap sedemikian.

Ini kata Aweera:

"Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

”Sebab itulah kalau dia gunakan menyanyi baru Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik," ujarnya kepada mStar Online.

Aweera diminta komennya mengenai persembahan Mojo bersama kumpulan Caliph Buskers iaitu pemuzik orang kelainan upaya (OKU) yang berjaya menampilkan persembahan luar biasa pada pertandingan itu.

Vokalis Caliph Buskers iaitu Khairul Azmi Saat menyampaikan lagu Romancinta pada malam itu.

Dalam pada itu Aweera berkata, Edry selaku ketua kumpulan berkenaan terlalu bergantung kepada Cliph Buskers dan kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan  bukannya persembahan sebenar Mojo.

Secara jujur kata Aweera dia amat kagum dengan Caliph Busker sehinga hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyaksikan persembahan mereka.

Ditanya tidakkah dia berjumpa dengan Mojo selepas selesai persembahan, Aweera berkata, dia telah berusaha berbuat demikian ketika di belakang pentas namun dihalang oleh pengawal keselamatan berikutan tidak mempunyai pas khas untuk memasuki kawasan berkenaan

 mStar Online

Wednesday, 21 January 2015

Rancangan Running Man Versi Malaysia Terbitan TV9 Bakal Temui Anda

SALURAN TV9 bakal menerbitkan sebuah program realiti sendiri berinspirasikan Running Man yang popular di Korea, mengikut acuan tempatan dan diberi judul Lari.

Ianya dikatakan bakal bersiaran dalam waktu terdekat ini.

Yang menariknya program ini menampilkan hos popular Azwan Ali di samping artis-artis lain seperti Arja Lee, Aisya Hasnaa, Haris Alif dan Afiq Shazwan yang turut bertindak sebagai hos bersama.




Di Korea, program ini dibintangi barisan artis popular sana antaranya Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Gary dan Ji Suk Yin.




Adakah Lari, Running Man versi Malaysia mampu menandingi kehebatan versi Korea yang sememangnya mendapat sambutan hangat di negara ini?

Untuk pengetahuan, Running Man bukan sahaja diminati penggemar muzik K-Pop, sebaliknya orang yang anti dengan muzik K-Pop pun layan program ni tau!

Sama-sama kita tunggu dan lihat sambutan yang diberikan penonton terhadap program Runningman versi malaysia tersebut

Lihat Video di Bawah ini Lari 2014 - opening




Sumber mynewshub.cc

Menakjubkan Ibu Tarik Sendiri Bayi Kembar Semasa Pembedahan Caesarean Dirinya

Australia – Seorang ibu yang sudah mempunyai sembilan anak, melakukan sesuatu yang menakjubkan iaitu menarik sendiri bayi kembar dari perutnya ketika dia menjalani pembedahan caesarean untuk melahirkan bayi terbabit.

Gerri Wolfe, 41, mengambil keputusan untuk melakukannya dengan menyambut sendiri kembar itu kerana bosan dengan prosedur pembedahan biasa yang pernah dijalani sebelum ini.

Ia merupakan pembedahan caesarean yang kelima bagi Gerri.

Kali ini dia terpaksa melahirkan kembar terbabit melalui pembedahan selepas mengalami masalah ketika mengandung 36 minggu.

“Saya kecewa apabila dimaklumkan perlu menjalani pembedahan lagi.

Selepas dibedah saya terpaksa berbaring di rumah sahaja sedangkan orang lain bebas bergerak.

“Justeru saya mahu melakukan sesuatu yang istimewa dan selepas membaca mengenai bantuan kelahiran ketika caesarean, maka saya tekad melakukannya,’’ katanya yang mengakui pada mulanya doktor enggan melakukan prosedur tersebut.

Namun, kata Gerri selepas dia bertegas maka doktor tiada pilihan.
Pada hari pembedahan, saya dipakaikan sarung tangan dan dibius separuh badan.

“Saya tidak dibenarkan bergerak dan menyentuh atau melakukan apa-apa sehingga disuruh.

“Doktor kemudiannya menyuruh saya memasukkan tangan dalam perut dan menarik sendiri bayi saya.

“Beberapa minit kemudian saya disuruh memasukkan tangan sekali lagi dalam perut dan dengan bantuan doktor, saya berjaya menggapai kepala seorang lagi bayi kembar,’’ katanya.

Kembar itu, Matilda dilahirkan dengan berat 3.04kg, manakala Violet pula 2.54kg. Gerri dirawat di hospital selama seminggu sebelum dibenarkan keluar.


Sumber mynewshub.cc

Keratan Akhbar Tahun 1986 Senarai Atlet Belanja Besar Beli Kereta Mewah

MEMILIKI gaji lumayan, tak hairanlah jika seseorang atlet mampu berbelanja besar bagi mendapatkan kereta mewah idaman mereka.

Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah penemuan sebuah keratan akhbar dipercayai dikeluarkan pada tahun 1986 bertajuk “Pemain Wilayah Mewah”.

Melalui keratan akhbar yang dikongsikan oleh peminat kenderaan antik di laman Facebook, ia sememangnya sangat menarik apabila melihat definisi kereta mewah 19 tahun dahulu.

Honda, Mitsubishi dan Toyota adalah antara jenama pilihan pemain bola sepak di Wilayah Persekutuan.

Antara pemain yang dipaparkan termasuklah Otai bola sepak negara seperti Shebby (Sergabeth) Singh, Razip Ismail, Fandi Ahmad dan Saidin Osman.



Kadar harga bagi setiap kenderaan mewah mereka adalah antara RM11,000 sehingga RM47,000.

Jika diikutkan dengan kadar semasa sekarang, dengan harga Rm11 ribu kita boleh memiliki kereta apa ya?

Apa-apa pun, kenderaan paling legend adalah kereta Toyota Truno AE86 milik Fandi Ahmad.

Model AE86 yang merupakan lambang prestasi Toyota pada waktu tersebut telah diadaptasikan ke dalam komik Jepun, Initial D, dan sampai sekarang kereta ini masih berharga RM50,000 walaupun ia telah memasuki pasaran hampir 20 tahun lalu.

Sumber mynewshub.cc

VIDEO Orang Ramai Bantah Video Zamani Diminta Menyanyi Ketika Ditahan Polis

PENANGKAPAN vokalis kumpulan Slam, Zamani nyata mengejutkan sebilangan besar peminat setia penyanyi ini.

Ketika ini heboh di laman sosial tentang sebuah rakaman video yang menunjukkan Zamani Slam telah dipaksa menyanyi oleh seorang anggota polis ketika dalam tahanan lokap. Menerusi video itu Zamani dilihat menyanyikan lagu Gerimis Mengundang atas paksaan pihak polis.

Semalam, berita penahanan Zamani Slam atas tuduhan memiliki dan salah guna dadah mendapat perhatian ramai dan hari ini orang ramai mula membantah tindakan pihak polis yang dilihat seakan membuli penyanyi popular itu ketika ditahan dalam lokap.



Bantahan itu menggunakan hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani mendapat sokongan ramai yang beranggapan ia satu tindakan melampau. Mereka menyarankan agar pegawai polis yang merakam dan menyebarkan rakaman itu dikenakan tindakan kerana mengaibkan penyanyi berkenaan.



Kami rasa ini sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas sesiapa pun dalam tahanan mereka kerana bukan sahaja mengaibkan malah seakan memperkecilkan mereka sebagai manusia biasa yang hanya kerana melakukan kesalahan undang undang.

Pihak polis perlu segera melihat perkara ini lebih serius & memberikan jawapan kepada masyarakat yang ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Lihat Video Dibawah ini


Datuk Seri Vida Tampil Balas Kritikan Terhadap Iklan Qu Puteh

Kuala Lumpur - Setelah mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak termasuklah ikon terkenal negara, Chef Wan, berikutan iklan Qu-Puteh yang ditayangkan sempena AJL29 baru-baru ini, pengasas produk tersebut tampil memberi respon.

Ada yang tidak berpuas hati kerana menganggap produk tersebut dipromosi secara berlebih-lebihan hingga mengganggu feel penonton, namun ada juga yang menyifatkan itu adalah hak penaja kerana mereka telah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk menjayakan acara itu.

Successful people always build up each other. They motivate, inspire, and help each other towards success. However, unsuccessful people... hurmmm.. they just hate, blame and always complaining... Which side are you...?? xoxo!! #datoserivida #dsv #vidabeauty #quputehbarulahputeh #quputeh #pamoga #majalahnona2015

I cant tell the key of success, but the key to failure is trying to please everyone... Kita punya citarasa yang berbeza, kita punya interest yang berbeza, walau kita sesama manusia... Bak kata orang, rambut sama hitam, tapi hati masih lain-lain... Selamat pagi semua.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam... #dsv #datoserivida #vidabeauty #quputehbarulahputeh #quputeh #pamoga #AJL29 #selamatpagi #motivasipagi

“Saya tidak ambil pusing tohmahan dan sindiran orang ramai termasuk apa yang diperkatakan Chef Wan.

“Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini,” kata Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memetik laporan dari Harian Metro.

Datuk Seri Dr. Hasmiza, terkenal dengan nama Datuk Seri Vida, menerima kecaman dan sindiran dari pelbagai pihak berikutan kemunculan dan iklannya pada Anugerah Juara Lagu ke 29, Ahad lalu.

Gambar kritikan orang ramai terhadap iklan Qu Puteh di media sosial

“Selepas anugerah itu berlangsung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tohmahan terutama di laman sosial termasuk Chef Wan yang menutup televisyen kerana iklan saya.

"tohmahan yang diterima berikutan iklan tersebut sebagai satu provokasi untuk menjatuhkan perniagaannya".

“Apa yang disampaikan dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya setiap 15 minit saja,” katanya lagi kepada Harian Metro.

Beliau menambah, apa yang berlaku adalah dugaan dan terselit hikmah kerana baginya rintangan dan cabaran adalah lumrah untk mencapai kejayaan.

Katanya lagi, dia pernah berhadapan dengan dugaan yang lebih besar sebelum ini apabila beliau kehilangan dua orang anaknya dalam tragedi kebakaran pada Ogos 2013.

“Orang yang berjaya memberi motivasi, inspirasi, dan membantu antara satu sama lain ke arah kejayaan.

“Bagaimanapun, orang yang tidak berjaya, mereka benci, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu ,” katanya. 

Ternyata setiap kritikan itu ada hikmahnya yang tersendiri kerana hingga saat ini, tagline Qu Puteh yang berbunyi, ‘Qu Puteh, Barulah Putih’ mula meniti di bibir rakyat Malaysia

Tuesday, 20 January 2015

Kesal Peniaga Hanya Ketawa Mangkuk Cendol Berisi Lipas

SUBANG JAYA – Yang dipesan cendol biasa tetapi yang dihidangkan cendol berisi lipas! Insiden meloyakan itu dihadapi seorang operator sebuah syarikat swasta ketika menikmati minuman itu di gerai tepi jalan di Subang Jaya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dine, 21, berkata, dia ke gerai berkenaan bersama empat saudaranya kira-kira jam 3.20 petang untuk menghilangkan dahaga.

Mangsa terus menikmati minuman yang dipesan tanpa menyangka terdapat hidangan tambahan dalam minuman terbabit.

Selepas beberapa kali mencedok minuman ke mulut, Dine mendakwa terlihat ada objek berwarna hitam dalam mangkuk tersebut.

“Bila dicedok saya terkejut ada seekor lipas mati dalam mangkuk. Kerana terlalu loya dan jijik, saya terus muntah di situ juga,” ceritanya kepada Sinar Harian.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Dine segera menunjukkan mangkuk cendol berisi lipas kepada peniaga namun aduannya tidak dilayan.

Lebih dikesalkan peniaga itu hanya ketawa sebelum menyuruhnya jangan berbuat bising.

“Saya kecewa dengan reaksinya, anak peniaga itu pula mengugut akan memanggil gengnya jika saya tidak berhenti buat bising di gerainya,” katanya.

Kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, Dine beredar dari gerai tersebut apabila anak peniaga itu mula menunjukkan kekasaran.

Dine membuat laporan kepada Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan meminta pihak berkuasa tempatan itu melakukan pemeriksaan kebersihan di gerai tepi jalan bagi mengelak insiden berulang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, pihak majlis akan melakukan siasatan terhadap aduan tersebut.

“Sekiranya didapati ada berlaku pelanggaran syarat-syarat kesihatan, tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya

Sumber mynewshub.cc

Awie Berhasrat Menderma Segala Organ Badannya Selepas Meninggal Dunia

 Awie meluahkan hasrat hatinya untuk menderma segala organ badannya kepada pihak yang memerlukan selepas dia meninggal dunia kelak.

Hasrat ini diluahkan Awie dalam program derma darah dan organ anjuran Politeknik Kota Bahru, Kelantan Isnin lalu.

Program itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Mohd Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Dalam keadaan masih ramai insan yang tidak sanggup melakukan pengorbanan semulia ini namun Awie mempunyai niat murni bagi membantu insan yang lebih memerlukan suatu hari nanti.

Awie berpendapat tindakan menderma organ adalah satu perbuatan mulia kerana ia merupakan amal jariah yang besar maknanya.

”Saya berasakan menderma organ itu amat baik kerana ia dapat membantu mereka yang memerlukan.

”Pada saya, apabila meninggal dunia, badan kita akan dimakan bumi manakala roh akan pergi ke alam lain. Kita tidak boleh buat apa-apa dah apabila mati. Jadi, lebih baik organ kita diberikan kepada orang lain sebagai sedekah,” ujarnya.

Oleh demekian awie turut mengajak orang ramai supaya melakukan amalan berkenaan kerana dapat membantu banyak pihak yang menderita.

Buat mereka yang berhasrat mendermakan organ bolehlah layari www.dermaorgan.gov.my atau www.facebook.com/dermaorgan.

Ramli MS Pertahankan Qu Puteh Daripada Kutukan Orang Ramai

Terlalau banyak tohmahan yang diterima penaja utama Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29), Qu Puteh terutama sekali kepada pengasasnya, Dato Dr Hajjah Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Vida. 

Macam-macam posting pasal Dato' Vida dan Qu Puteh yang dimuatnaik di sosial media. Ada yang berunsur lawak, dan tapi yang lebih kepada mengutuk

Selain daripada itu ada tu pulak punyalah kreatif sampai sanggup mengedit posting gambar Dato Vida. Malah, ada yang sampai sanggup tukar lirik lagu Apa Khabar untuk mengaitkan ianya dengan Dato' Vida serta Qu Puteh

Bermacam-macam kutukan yang dilemparkan terhadap Qu Puteh yang dikatakan terlalu over promote sehingga overshadow anugerah muzik berprestij tersebut.


Walaubagaimanapun dalam ramai-ramai yang duk mencerca, ada juga yang tampil membela nasib Dato Vida dan produk kebanggaannya.

Iaitu konduktur muzik terkenal, Dato Ramli MS yang sanggup mempertahankan Dato Vida serta Qu Puteh daripada terus dimaki oleh masyarakat umum.

Menerusi posting yang dimuatnaik di laman Facebooknya, Ramli menegur sikap sebahagian masyarakat yang sehingga kini tak sudah-sudah mempertikaikan penglibatan Qu Puteh dalam AJL 29.

Tulisnya, “kesian Qu Puteh korang kutuk macam-macam. Dia la yang taja penuh AJL29. Juta-juta duit dia keluar. Korang ingat dia pakai surat khabar ke bayar TV3. Adat orang meniaga macam tu la. Apa pun cara dia tu kan dia. Tahun hadapan siapa-siapa yang berani keluar RM3 juta nak lawan dia saya alu-alukan. Sebab produksi TV3 mesti buat parti lonjak-lonjak suka. Kalau yang berani mati keluar 100 juta lagi best AJL30 buat kat Paris bawa 10 ribu penonton Malaysia sekali. Hahahaha”.

Pergh, RM3 juta tu Qu Puteh sponsor, tak hairanlah setiap detik dan masa mereka perlu sebut Qu Puteh sentiasa!