Aeon Tebrau - Perempuan Melayu menjerit2 semasa tayangan Villa Nabila
Idea pembikinan filem tersebut tercetus lantaran kisah banglo lama yang cukup popular dengan pelbagai kisah seram di Johor Bahru, dikenali sebagai Villa Nabila. Difahamkan juga filem ini mula dibuat semenjak seorang remaja lelaki dilaporkan hilang di dalam kawasan Villa Nabila setelah pergi melepak dengan rakan-rakannya di dalam kawasan berkenaan. Namun, remaja itu ditemui di rumah rakannya, bukannya hilang di Villa Nabila.
Walaubagaimanapun baru sahaja filem itu ditayangkan di seluruh negara bermula semalam (Khamis), ia sudah mencetuskan ‘keseraman’ tersendiri apabila seorang penonton wanita diberitakan secara tiba-tiba diserang histeria ketika menonton filem tersebut di panggung yang terletak di pusat beli-belah AEON Tebrau.
Kejadian itu sempat dirakamkan oleh penonton lain yang turut berada dalam panggung tersebut, memang dahsyatlah penangan Villa Nabila nampaknya.
Cakap-cakap orang sekeliling mengatakan ini semua adalah gimik penerbit filem untuk menarik minat orang ramai untuk menonton filem 'seram' Villa Nabila yang baru ditayangkan di pawagam sejak semalam.
Difahamkan, filem itu mula dibuat semenjak seorang remaja lelaki dilaporkan hilang di dalam kawasan Villa Nabila setelah pergi melepak dengan rakan-rakannya di dalam kawasan berkenaan. Namun, remaja itu ditemui di rumah rakannya, bukannya hilang di Villa Nabila.
Hendak tahu Gimik atau tidak mari kita semua ke panggung menonton tanyangan Villa Nabila..
Lihat VIDEO Dibawah ini

No comments:
Post a Comment